Sekian lama menyepi dari blog, hari ini tergerak hati nak menjenguk hidup lagi tak blog ni.
Bermula raya hari tu, internet aku dion semata-mata untuk download movie sebagai bekalan prasyarat kemasukan ke universiti 2-3 hari nanti. Waktu lain dihabiskan dengan menikmati saat-saat terakhir menghidu asap dari pembangunan kilang getah kampung sebelah.
Sedang duduk menghadap laptop usang yang sudah lama tidak dimandikan ni, aku terfikir, penting sangat ke internet ni untuk manusia? Sedangkan zaman dahulu, manusia tetap hidup walau tanpa penggunaan internet.
Apa yang akan jadi jika tiba-tiba darurat internet dilancarkan dimana tiada lagi penggunaan internet seluruh dunia?
1) Mak ZukonBog Gulung Tikar
- Istilah facebook lenyap dalam hati manusia. Tak perlulah setiap hari on laptop semata-mata nak tengok notification sehinggakan kerja rumah ditolak tepi.
2) Hackers Menangis
- Kehebatan hackers tidak lagi dipandang. Tiada lagi webpage untuk dicanaikan. Phishing dah bertukar menjadi fishing.
3) Era Cd Cetak Rompak Bermula Kembali
- VCD cetak rompak yang semakin lenyap ditelan zaman akan kembali popular kerana tiada lagi sumber untuk download movie.
4) Politik Suram
- Tiada lagi pergaduhan maya di kalangan ahli persatuan. Hilangnya seri pergaduhan antara pejuang-pejuang parti palsu yang pengecut.
5) Gambit Saifullah Tidak Lagi Kontroversi
- Nama yang cukup popular di website gosip ini akan kurang disebut.Video klip kontroversi hanya sekadar jadi pekasam.
6) SKMM Hilang Punca
- Tiada lagi kerja website untuk diblock. Apa lagi yang hendak diblock selepas ini?
7) Maruah Lebih Terpelihara
- Selama ni, gambar-gambar tidak menutup aurat secara meluas ditayangkan di mana-mana webpage. Internet dah takde, simpan untuk laki lah plak.
8) Handset 3G Laris Di Pasaran
- webcam di Skype menjadi pilihan. Bila dah takde internet, terkapai-kapai mencari 3g. Yela, nak tengok muka yang tersayang nun jauh di perantauan.
9) Hilang Buffered Earning
- Internet dah takde, mana nak dapat buffered earning lagi. Silap-silap, nuffnang pun dah tukar jadi kilang roti.
10) Gila
- kebanyakan orang akan menjadi gila kerana rindukan internet
Saturday, March 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment