Sunday, December 18, 2011

SmartWatch

Pada zaman sekarang ini smartphone atau telefon pintar menjadi topik perbualan yang hangat di bibir setiap orang tidak kiralah sama ada penggemar gadget atau tidak. Penggunaan telefon dan teknologi pintar sudah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat sekeliling kita. Post kali ini kami bukan mahu kongsikan tentang SmartPhone tapi tentang SmartWatch atau jam tangan pintar pertama di dunia, I’m Watch. Ia dikuasakan dengan Freescale processor IMX233, skrin sentuh 1.54inch dan Android 1.6. Ia juga dilengkapi dengan RAM 64 MB dan 4 GB memori.
jam android Im Watch: Smartwatch Pertama di Dunia
dikuasakan dengan android 1.6
smart watch Im Watch: Smartwatch Pertama di Dunia
skrin sebesar 1.54 inci dengan resolusi 240 x 240
gambar jam modern Im Watch: Smartwatch Pertama di Dunia
juga akan didatangkan dengan pelbagai warna pilihan
im watch2 Im Watch: Smartwatch Pertama di Dunia
terkesima tak tengok I'm Watch ni?
Berminat nak beli smartwatch ini? Jam pintar ini hanya akan mula dijual pada Januari 2012 dengan pelbagai fungsi yang menarik. Ia dapat dipadankan dengan iPhone dan Android Phone untuk penggunaan taha maksima.

0 comments:

Post a Comment